Hijrah Selangor menawarkan dua skim pembiayaan perniagaan khas untuk usahawan di Negeri Selangor, iaitu Skim i-Bisnes dan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).
Skim i-Bisnes: Terbuka kepada individu yang layak bagi tujuan menambah modal kerja, membeli aset atau melakukan pengubahsuaian ke atas perniagaan sedia ada.
Skim NaDI (Niaga Darul Ehsan): Dikhususkan untuk wanita yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan tambahan. Skim ini juga terbuka kepada mereka yang sudah mempunyai perniagaan dan memerlukan modal untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan.
Pendapatan
Selangor: Skim Pembiayaan I-Bisnes & Niaga Darul Ehsan (NADI)
- I-Bisnes: - Usahawan Mikro Dan Kecil Du Negeri Selangor. - Individu Yang Sedang Menjalankan Perniagaan Sedia Ada. - Pemilik Perniagaan Yang Ingin Menambal Modal, Beli Aset Atau Ubahsuai Perniagaan.
- NaDI: - Wanita (terutamanya Suri Rumah, Ibu Tunggal Atau Wanita B40) Yang Ingin Memulakan Perniagaan Kecil-kecilan Khusus Di Empat Business Centre Hijrah Selangor Iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat Dan Hulu Selangor.
i-Bisnes:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 65 tahun
- Mengundi dan bermaustatin di negeri Selangor
- SSM telah berdaftar lebih dari 1 tahun
NaDI:
- Warganegara Malaysia (Wanita sahaja)
- Berumur 18 – 65 tahun
- Berkumpulan (5 orang)
- Mengundi dan bermaustatin di negeri Selangor
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah
- Tiada pertalian darah yang rapat dalam satu Kumpulan
- Penyertaan secara sukarela
- Bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Hijrah Selangor
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana pihak
Skim i-Bisnes:
Menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana bagi tujuan mengembangkan perniagaan. Tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 5 tahun, dengan bayaran balik secara bulanan.
Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI):
Menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000, khas untuk usahawan wanita bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka. Tempoh pembiayaan adalah antara 1 hingga 5 tahun, dengan bayaran balik secara mingguan.
Tidak Berkenaan
Yayasan Hijrah Selangor
Keterangan
Objektif
- Membantu usahawan negeri Selangor memulakan atau mengembangkan perniagaan.
- Memberi akses pembiayaan mudah dan patuh syariah.
- Memperkasa wanita menjana pendapatan melalui perniagaan kecil.
- Menggalakkan budaya keusahawanan di peringkat komuniti.
- Menyokong pertumbuhan ekonomi rakyat Selangor secara inklusif.
Tatacara Permohonan
Untuk maklumat lanjut atau permohonan bagi Skim Pembiayaan i-Bisnes dan NaDI, sila layari laman web rasmi Hijrah Selangor di www.hijrahselangor.com.
Kembali