Kemudahan perkhidmatan pengangkutan warga emas yang dilaksanakan secara perkongsian bijak antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan yang menepati skop program.
Umum
      Bantuan Kewangan Pengoperasian dan Penyelenggaraan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
    Warga Emas Yang Tinggal Berseorangan Atau Dengan Keluarga Yang Kurang Kemampuan
Warga Emas
RM35,000.00 setahun bagi setiap kenderaan UPWE
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my . Warga emas perlu menghubungi Pertubuhan Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM)/ mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
 - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
 - Pertubuhan Sukarela Kebajikan Yang Melaksanakan UPWE - Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM)
 
Keterangan
      Objektif
      - Memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan serta keperluan sosial warga emas yang difikirkan perlu / rasional;
 - Meringankan beban tanggungan kos pengangkutan bagi warga emas yang memerlukan perkhidmatan tersebut;
 - Menggerakkan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dalam usaha membantu golongan warga emas yang tidak berkemampuan dan tidak mampu menguruskan kehidupan tua mereka;
 - Meningkatkan aksesibiliti warga emas terhadap kemudahan-kemudahan awam yang disediakan khususnya kemudahan perubatan; dan
 - Memberi kemudahan kepada warga emas yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal dan mental yang menghadkan pergerakan mereka untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan lain yang diperlukan demi kesejahteraan mereka.
 
Tatacara Permohonan
        Pada masa ini hanya terdapat 9 buah kenderaan yang ditempatkan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera berkaitan bagi mendapatkan perkhidmatan ini.
Kembali