Skip to main content
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut: 

- Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU 

- Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung. 

- Pemohon yang ibubapanya BUKAN warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON. 

2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul. 

3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik. 

4. Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang (rujuk senarai IPT di laman web Yayasan Pahang)

Rujuk maklumat pinjman di laman web Yayasan Pahang www.yp.org.my

Yayasan Pahang

Keterangan

Ditawarkan kepada calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.

Objektif

Memberi akses pendidikan kepada anak-anak negeri Pahang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi

Tatacara Permohonan

Permohonan secara atas talian melalui iklan permohonan yang diwar-warkan di laman web Yayasan Pahang.

Kembali