Program ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Pasangan Islam & Kategori Pasangan Bukan Islam. Insentif ini disediakan untuk pasangan pengantin lelaki yang berpendapatan RM5 Ribu dan kebawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditentukan. Penerima mestilah samada pengantin lelaki atau perempuan merupakan anak kelahiran Negeri Pahang.
Pasangan berkahwin kali pertama
• Anak kelahiran Negeri Pahang
• Bermastautin di Negeri Pahang sekurang-kurangnya 5 tahun, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/Pengurus Felda/Imam Qaryah atau Penyelaras
• Insentif ini layak bagi pasangan jika salah seorang (suami/isteri) berkahwin untuk kali pertama sahaja
• Pemohon (pengantin lelaki) berpendapatan RM5,000 ke bawah
• Perkahwinan mestilah didaftarkan di Negeri Pahang, sekiranya perkahwinan didaftarkan di luar Negeri Pahang, pemohon perlu membuat pengesahan di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang bagi pasangan bukan Islam
• Perkahwinan mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Daerah dalam Negeri Pahang bagi pasangan Islam
• Setiap permohonan perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (pasangan Islam)
• Bagi pasangan bukan beragama Islam, permohonan perlu dibuat melalui atas talian dan dihantar melalui Unit Perancangan Operasi dan Data Strategik kepada Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang untuk semakan.
RM 300
JAIP & UPODS
Setiap pasangan pengantin yang berkahwin kali pertama menerima RM300
1. Pemohon yang beragama Islam boleh memohon di laman web e-munakahat pahang
2. Bagi bukan beragama islam boleh memohon melalui google form yang disediakan oleh pihak UPODS