Skip to main content
Sabah: Skim Bantuan Am (SBAM)

Warganegara Malaysia Dan Bermastautin Tetap Di Sabah

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di negeri Sabah
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita semasa; DAN
  3. Individu atau keluarga yang tidak berupaya berdikari dan hidup dalam keadaan daif atau miskin; ATAU
  4. Pesakit yang disahkan oleh Pegawai Perubatan menghidap penyakit kronik yang serius, memerlukan rawatan lanjut yang kerap sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan, dan tidak berupaya bekerja; ATAU
  5. Pesakit mental yang disahkan oleh Pegawai Perubatan atau Psikiatri, dan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap 6. Orang Kurang Upaya berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap; ATAU
  6. Penjaga yang sedang memberi penjagaan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun atau orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sama ada mempunyai ikatan kekeluargaan atau sebaliknya dari keluarga miskin yang tidak berupaya berdikari dan berada dalam keadaan menghidap penyakit mental, penyakit kronik, OKU atau terlantar; ATAU
  7. Balu /Janda /Duda bertanggungan yang terikat dengan anak-anak berumur di bawah 18 tahun atau sehingga tingkatan 6; ATAU
  8. Tanggungan banduan yang menanggung anak-anak di bawah umur 18 tahun atau sehingga tingkatan 6
  1. Bagi penerima normal adalah RM200.00 sebulan dan penerima OKU adalah RM215.00 sebulan.
  2. Kadar tambahan RM30.00 bagi setiap tanggungan normal dan RM40.00 bagi tanggungan OKU.
  3. Kadar maksimum bagi penerima normal dan OKU adalah RM350.00 sebulan

Tidak Berkenaan

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am

Keterangan

Skim Bantuan Am (SBAM) Sabah adalah skim bantuan kebajikan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) untuk individu atau keluarga yang menghadapi kesulitan hidup. Bantuan ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan sementara, sokongan moral, dan bantuan lain yang bersesuaian dengan prinsip kerja kebajikan

Objektif
  1. Memberi bantuan kewangan secara pemelegaan sementara kepada individu atau keluarga yang berhadapan dengan kesulitan hidup berpunca dari penyakit, kurang upaya, kematian atau faktor-faktor di luar kawalan; dan
  2. Memberi sokongan moran mengikut prinsip-prinsip kerja sosial kepada individu atau keluarga yang ditimpa musibah supaya mereka boleh berdikari atau berusaha ke arah memperbaiki kualiti hidup dan mengekalkan keadaan kesejahteraan keluarga dalam masyarakat.
Tatacara Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah/ Daerah Kecil di Negeri Sabah. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Kembali