Skip to main content
Bantuan Pendidikan ILJTM: Yuran Pengajian, Makan & Minum dan Asrama
  1. Pelajar ILJTM
  2. B40
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 tahun hingga 35 tahun
  3. Memenuhi syarat khas kursus
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus yang berkaitan)
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
  6. * Calon bagi kategori OKU perlu menguasai 3M (membaca,menulis dan mengira) dan boleh mengurus urus diri tanpa bantuan)
  1. Yuran pengajian percuma
  2. Makan dan minum sebanyak tiga kali sehari
  3. Asrama disediakan percuma
  4. **Pelajar OKU yang sedang mengikuti pengajian Diploma juga layak menerima subsidi ini

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jtm.gov.my/2015v3/.

  1. Jabatan Tenaga Manusia
  2. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
Keterangan

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program sepenuh masa untuk pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 kepada pelajar lepasan SPM. Program ini menyediakan kursus Teknikal (TVET) secara percuma pada peringkat sijil dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pelajar akan menjalani latihan selama sekurang-kurangnya 27 bulan di ILJTM. Pengambilan pelajar dilakukan dua kali setahun. Bagi pelajar peringkat Sijil, yuran pengajian adalah percuma, elaun saku, makan dan minum serta asrama turut disediakan.

Objektif

Untuk membantu pelajar mengurangkan kos sara hidup sepanjang menjalani latihan di ILJTM. 

Tatacara Permohonan

Laman Web UP TVET https://mohon.tvet.gov.my/manual/permohonan_uptvet_siri_perdana_2025.pdf 

  1. Pilih Kategori : UP_TVET PERDANA (Institusi TVET Awam Sahaja)
  2. Pilih Program Sijil dan Kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Kembali