Skip to main content
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)
  1. B40
  2. Miskin
  3. Miskin Tegar
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

Bergantung kepada jenis projek yang ditawarkan

Untuk makluman lanjut, sila layari https://ipr.epu.gov.my/about

Kementerian Ekonomi

Keterangan

IPR terdiri daripada tiga (3) program iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR

Objektif

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan. Ianya memberikan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan yang mampan serta pembangunan kemahiran dan modal insan kepada golongan sasar

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi IPR https://ipr.ekonomi.gov.my/login

Kembali