Berdasarkan data PDRM bagi kematian akibat nahas di jalan raya, jumlah kematian penunggang motosikal mewakili 67% daripada keseluruhan kematian akibat nahas jalan raya bagi tahun 2022. Penggunaan topi keledar telah terbukti dapat mengurangkan kebarangkalian kecederaan kepala, muka dan otak dalam kalangan penunggang motosikal. Selain mengurangkan kebarangkalian kecederaan maut dan mencegah kecederaan serius dalam kemalangan. Undang-undang pemakaian topi keledar ini dikuatkuasakan pada 1 Mac 1973 [Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973].
Pengangkutan
      Program Inisiatif Pemberian Dan Penukaran Topi Keledar Kanak-kanak Dan Dewasa
    Penunggang Motosikal Dewasa Dan Pembonceng Motosikal Kanak-kanak
Perlu membawa topi keledar sedia ada dan ada lesen memandu.
Terhad kepada 100,000 unit sahaja
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mot.gov.my/
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
 
Keterangan
      Objektif
      Inisiatif ini dapat meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal dan mengurangkan beban kewangan rakyat.
Kembali