Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) telah dilaksanakan sejak tahun 1989 sehingga kini sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan status pemakanan kanak-kanak dalam lingkungan umur 6 bulan sehingga 6 tahun. Di bawah program ini, selain daripada pemberian bantuan bakul makanan, kanak-kanak ini juga perlu dipastikan menerima imunisasi, penjagaan kesihatan kanak-kanak serta pendidikan kesihatan dan pemakanan.
Kanak-kanak Warganegara Malaysia Berumur Di Antara 6 Hingga 83 Bulan (6 Tahun 11 Bulan) Yang Mengalami Masalah Kekurangan Zat Makanan (Kurang Berat Badan, Bantut, Susut Dan Berisiko KZM) Dari Keluarga Miskin Dan Miskin Tegar
- Umur - Kanak-kanak warganegara Malaysia berumur di antara 6 hingga 83 bulan (6 tahun 11 bulan).
- Status Pemakanan dan Kesihatan i. KBB/ Bantut/ Susut ii. Marasmus/ kwashiorkor/ marasmik kwashiorkor iii. Berisiko KBB/ berisiko bantut/ berisiko susut iv. Kongenital dan/atau kronik dengan semua masalah pemakanan seperti di tersenarai di atas
- Pendapatan Keluarga - Keutamaan bantuan kepada keluarga miskin tegar/ miskin* *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan *Bantuan kanak-kanak daripada keluarga B40 boleh dipertimbangkan bergantung kepada peruntukan semasa di negeri/ bahagian/ kawasan/daerah
- Semenanjung Malaysia : RM120 hingga RM250 per bakul makanan/ bulan
- Sabah, Sarawak dan WP Labuan: RM150 hingga RM300 per bakul makanan/ bulan
Untuk makluman lanjut, sila layari:https://hq.moh.gov.my/nutrition/cawangan-pemakanan-keluarga/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Menurunkan sekurang-kurangnya 20% masalah kurang berat badan dan susut dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 36 bulan daripada keluarga berpendapatan rendah.
Tidak berkaitan.
Semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang hadir ke klinik kesihatan KKM berumur di antara 6 hingga 83 bulan (6 tahun 11 bulan) yang telah dikenal pasti mengalami masalah kekurangan zat makanan (kurang berat badan, bantut, susut dan berisiko KZM) dari keluarga miskin dan miskin tegar akan didaftarkan di bawah Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) untuk menerima bantuan bakul makanan dan intervensi pemakanan dan kesihatan lanjut.