Skip to main content
Residensi Wilayah (RUMAWIP)

Penduduk Di Wilayah Persekutuan

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  2. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
  3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin).
  4. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun.
  5. Tidak mempunyai hartatanah (kediaman) di Wilayah Persekutuan.

Kadar jualan tidak melebihi RM300,000 per unit dan saiz rumah tidak kurang dari 800 kaki persegi

Permohonan boleh dibuat melalui https://residensiwilayah.jwp.gov.my/faq

  1. Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)
  2. PBT (DBKL, PPJ Dan PL)
  3. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  4. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  5. Pemaju Perumahan
Keterangan

Pembangunan Residensi Wilayah merupakan program perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan kepada golongan berpendapatan sederhana M40 untuk memiliki kediaman dalam julat harga yang mampu dibeli. Program Residensi Wilayah juga merupakan salah satu inisiatif dalam Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dalam kategori Lindung@PUJI bagi membantu golongan M40 khususnya untuk memiliki kediaman yang mampu milik, selesa dan kondusif selaras dengan hasrat Program PUJI itu sendiri iaitu untuk meningkatkan darjat hidup rakyat di Wilayah Persekutuan. Harga yang ditawarkan adalah tidak lebih daripada RM300,000 seunit dengan saiz minimum 800 kaki persegi. 

Objektif

Membantu warga Wilayah Persekutuan khususnya di kalangan berpendapatan sederhana (M40) atau yang mempunyai pendapatan seisi rumah RM15,000 ke bawah untuk memiliki rumah yang mampu milik, selesa dan kondusif.

Tatacara Permohonan
  1. Pemohon hendaklah mendaftar akaun dan selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi terlebih dahulu sebelum memohon projek.
  2. Sekiranya pemohon telah memohon projek Residensi Wilayah, pemohon tidak boleh lagi memohon projek Residensi MADANI.
  3. Pemohon yang telah berdaftar dan memilih projek DIWAJIBKAN untuk memuatnaik dokumen sokongan dalam portal Residensi Wilayah. Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti di dalam portal Residensi Wilayah.
  4. Semakan pertama akan dibuat oleh pemaju. Sekiranya dokumen telah lengkap, Urusetia akan membuat semakan selanjutnya.
  5. Untuk semakan status permohonan semasa, pemohon boleh log masuk ke Portal Residensi Wilayah.
  6. Keputusan permohonan sama ada Berjaya atau Tidak Berjaya atau Tidak Lengkap setelah disemak oleh Urus Setia akan diemel ke alamat emel pemohon.
Kembali