Skip to main content
Selangor: Bantuan Sihat Selangor

Pesakit Yang Sedang Mendapatkan Rawatan Dan Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000.00

  1. Lahir di negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00.
  3. Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan orang kurang upaya (OKU).
  5. Rawatan bagi katarak mata, kanser, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di hospital kerajaan sahaja.
  6. Permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata perlu memohon sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan.
  7. Tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan.
  8. Permohonan berkaitan kos perjalanan dan sumbangan kewangan tidak dipertimbangkan.
  9. Penjawat awam dan keluarga pegawai seperti takrifan di dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 21 tahun 2009 tidak dapat dipertimbangkan.
  10. Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun.
  11. Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan
  1. Katarak Mata : Bantuan pembelian kanta & pembedahan katarak sehingga RM1,200.00.
  2. Pembedahan : Bantuan kemudahan pembedahan kecil sehingga RM5,000.00.
  3. Kaki Palsu : Bantuan dan kemudahan membeli kaki palsu sehingga RM5,000.00.
  4. Lain-lain : Bantuan dan kemudahan rawatan perubatan sehingga RM5,000.00.
  5. Rawatan Kanser : Bantuan untuk kos rawatan, peralatan dan ubat yang disyorkan oleh Hospital Kerajaan sehingga RM5,000.00.
  6. Fisioterapi Pasca Hospitalisasi : Bantuan rawatan fisioterapi berdasarkan saranan doktor di Hospital Kerajaan sehingga RM5,000.00.

Tidak Berkenaan

Selcare Management Sdn Bhd

Keterangan

Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan tahap kesihatan rakyat di negeri ini. Keperihatinan ini disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Objektif

Dapat membantu meringankan beban rakyat Negeri Selangor dalam menjalani rawatan serta kehidupan yang lebih sihat, seterusnya melahirkan masyarakat yang positif dan sejahtera.

Tatacara Permohonan

Permohonan secara atas talian di laman web : https://bantuansihat.selangor.gov.my/

Kembali