Skip to main content
Bantuan Khas Perbendaharaan NGO
  1. Pendaftar Pertubuhan (ROS) Di Bawah Akta Pertubuhan 1966
  2. Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Di Bawah Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007
  3. Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Bagi Pemerbadanan Pemegang Amanah Di Bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952; Atau Ditubuhkan Di Bawah Akta Parlimen
  1. Memberi perkhidmatan kepada kumpulan sasar mengikut bidang-bidang keutamaan Kementerian
  2. Berdaftar dengan pendaftar pertubuhan
  3. Masih dalam tempoh pendaftaran yang sah
  4. Bertaraf tempatan
  5. NGO yang tidak ditubuhkan dan dianggotai sepenuhnya oleh penjawat awam
  6. NGO yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan diberi keutamaan
  7. Diluluskan oleh perlembagaan masing-masing untuk bergerak dalam bidang yang berkaitan dengan bidang keutamaan Kementerian
  8. Bagi NGO yang pernah menerima BKP sebelum ini mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu: - menunjukkan prestasi yang baik berdasarkan Laporan Prestasi NGO; - telah mendapat kelulusan khas Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM bagi kes-kes kuiri yang tidak selesai; - telah mengembalikan keseluruhan baki peruntukan yang tidak dibelanjakan; dan - telah mengembalikan keseluruhan peruntukan bagi perbelanjaan yang tidak dibenarkan.

Tidak Berkenaan

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  3. Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  4. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
Keterangan

Merupakan pemberian Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (PBKP) yang disasarkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjalankan program pembangunan wanita melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), program keluarga melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan program pembangunan masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Objektif

Pemberian BKP kepada NGO bertujuan:

  1. Untuk mendayaupayakan komuniti melalui tindakan kesukarelaan yang strategik dan berkesan;
  2. Untuk memastikan kumpulan sasar Kementerian menerima faedah yang optimum dan berkesan berdasarkan perkhidmatan yang disediakan oleh NGO; dan
  3. Untuk memperkasakan NGO agar menjadi satu pertubuhan yang berdikari dan membudayakan amalan pengurusan yang terbaik serta berkeupayaan untuk sentiasa melestarikan program dan perkhidmatan yang diberikan.
Tatacara Permohonan
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara manual (borang boleh diperoleh daripada portal JKM/JPW/LPPKN)
  2. Permohonan dibuka sepanjang tahun;
  3. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  4. Kertas kerja perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia sahaja mengikut format yang ditetapkan;
  5. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses: dan
  6. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, KPWKM berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran BKP.
Kembali