Jualan Agro MADANI adalah satu inisiatif yang dilaksanakan sebagai langkah keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penambahbaikan rantaian bekalan agromakanan. Program Jualan Agro MADANI merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dan Jualan Agro RAHMAH yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga Agensi Pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Makanan
Jualan Agro MADANI
- Outlet Peruncitan Agensi KPKM
- Kawasan Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
- Kawasan Bandar Dan Pinggir Bandar Yang Berkepadatan Tinggi Dengan Penduduk B40 Dan M40.
- Kompleks Kerajaan (Kementerian/Agensi Di Sekitar Putrajaya).
Tiada Syarat Permohononan
Makanan dijual secara terus oleh petani kepada pengguna dengan tawaran potongan harga sehingga 30%
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kpkm.gov.my/jualanagromadani
- Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Keterangan
Objektif
- Meningkatkan kebolehcapaian pengguna mendapatkan bekalan produk-produk segar pada kadar harga yang munasabah dan berpatutan
- Mengurangkan kos hidup rakyat. Mengurangkan lapisan perantara pasaran dari sumber pengeluaran kepada pengguna melalui penglibatan peserta projek bimbingan agensi melalui program jualan
- Memberi luang pasaran tambahan dan meningkatkan pendapatan Peserta Program Ladang Kontrak dan usahawan dengan konsep jualan secara terus kepada pengguna
Kembali