Skip to main content
Bantuan IUI dan Advokasi Subfertiliti (BuAi)

Pasangan Suami Isteri

  1. Pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000.00 sebulan;
  2. Pasangan suami isteri yang sah berkahwin dan berdaftar mengikut undang-undang Malaysia;
  3. Kedua-dua pasangan merupakan Warganegara Malaysia;
  4. Mempunyai masalah subfertiliti primer atau sekunder;
  5. Umur isteri mestilah kurang daripada 36 tahun;
  6. Telah menghadiri sesi konsultasi dan saringan kesuburan di Klinik Subfertiliti LPPKN atau Klinik Fertiliti LPPKN (Full Paying Patient - FPP); atau
  7. Tidak menerima sebarang bantuan kewangan untuk rawatan subfertiliti daripada mana-mana agensi lain semasa menyertai program ini.
  1. Perkhidmatan klinik subfertiliti (untuk klien baru dan ulangan);
  2. Saringan infertiliti;
  3. Reformasi perkhidmatan subfertiliti di Klinik Nur Sejahtera (KNS);
  4. Program Advokasi Perkhidmatan Subfertiliti;
  5. Program Advokasi Perkhidmatan Kesejahteraan Lelaki;
  6. Pemeriksaan Klinikal Testis;
  7. Perkhidmatan Kesejahteraan Lelaki; atau
  8. Bantuan rawatan IUI.

Tidak Berkenaan

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Keterangan

Melalui Program Bantuan IUI dan Advokasi Infertiliti (BuAI), seramai 30,000 pasangan suami isteri dan masyarakat akan menerima manfaat melalui:Kempen advokasi kesuburan dan kesejahteraan lelaki melalui platform fizikal, media sosial dan outreach dengan tema “Lebih Awal, Lebih Baik”. Perkhidmatan kaunselling, konsultasi, saringan serta rawatan kesuburan dan kesejahteraan lelaki. 1,300 pasangan yang layak menjalani rawatan IUI akan dibiayai untuk maksimum dua (2) kitaran rawatan IUI dengan anggaran kos RM 2,000 bagi satu kitaran.

Objektif
  1. Aksesibiliti - Meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan kepada pasangan yang memerlukan rawatan kesuburan untuk menjalani rawatan kesuburan Permanian Beradas (IUI).
  2. Advokasi - Memberi kesedaran kepada pasangan dan masyarakat supaya segera mendapatkan rawatan kesuburan bagi menggalakkan peningkatan kadar kejayaan rawatan.
  3. Kadar Kesuburan - Memperlahankan penurunan Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia.
Tatacara Permohonan

Pasangan yang berminat boleh hadir secara walk-in ke Klinik LPPKN yang terpilih untuk mendapatkan perkhidmatan subfertiliti. Lokasi klinik yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Klinik Subfertiliti LPPKN Kuala Lumpur
  • Klinik Subfertiliti LPPKN Pulau Pinang
  • Klinik Subfertiliti LPPKN Johor
  • Klinik Subfertiliti LPPKN Sarawak
  • Klinik Subfertiliti LPPKN (Full Paying Patient - FPP)
Kembali