Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) ditubuhkan dibawah peruntukan Seksyen 7A(1), Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak) 2017 bertujuan menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan atau disyaki memerlukan pelindungan dan pemulihan atau didapati bersalah atas apa-apa kesalahan. Bagi tahun 2024, sebanyak 137 PKKK telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 1,165 orang di seluruh negara. Program pembangunan dan perkembangan kanak-kanak ini dilaksanakan dengan kaedah memperkasa komuniti melalui penglibatan dan penyertaan aktif secara sukarela dalam perkara yang berhubungan dengan pelindungan dan pemulihan kanak-kanak ke arah kesejahteraan bersama.
Umum
Program Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK)
- Kanak-Kanak
- Kanak-kanak Yang Terlibat Dengan Jenayah/berkonflik Dengan Undang-undang
- Kanak-kanak Yang Tidak Terkawal
Tiada Syarat Permohononan
- Program ini berupaya menyediakan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan dan pemulihan.
- Program ini juga menyediakan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.
- Program ini berupaya menyediakan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan dan pemulihan.
- Program ini juga menyediakan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau kanak-kanak didapati bersalah atas apa-apa kesalahan.
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan
Objektif
- Menggalakkan penyertaan masyarakat dalam perkara yang berhubungan dengan kebajikan kanak-kanak.
- Membantu melaksanakan program pemulihan bagi kanak-kanak di Asrama Akhlak.
- Membantu Pegawai Ahlak untuk mendapatkan penjaga atau ibu bapa peliharaan bagi kanak-kanak yang diletakkan di bawah perintah pengawasan.
- Membantu Pegawai Akhlak untuk mendapatkan pekerjaan atau Latihan bagi kanak-kanak yang diletakkan di bawah perintah pengawasan.
- Membantu Pegawai Akhlak untuk mengawasai kanak-kanak dalam perintah percubaan dan jagaan susul bagi kanak-kanak yang dibebaskan dari Asrama Akhlak, Sekolah Yang Diluluskan dan Sekolah Henry Gurney.
- Melawat kanak-kanak di tempat tahanan di dalam daerah atau kawasan PKKK berkenaan bagi memastikan kanak-kanak itu diberi pemeliharaan dan pelindungan mengikut Peraturan-Peraturan Tempat Tahanan 1950.
Kembali