Skip to main content
BUDI MADANI - BUDI Agri-Komoditi
  1. Warganegara Malaysia
  2. Petani Kecil
  3. Pekebun Kecil
  1. Bagi petani kecil, Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan
  2. Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000
  3. Bagi pekebun kecil, Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia
  4. Pekebun kecil sawit dan getah persendirian melibatkan keluasan tanah 4.5 hektar ke bawah
  5. Pekebun kecil koko, lada dan kenaf persendirian melibatkan keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah
  6. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000

RM200 sebulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://budimadani.gov.my/

  1. Kementerian Kewangan (MOF)
  2. Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
  3. Kementerian Perladangan Dan Komoditi (KPK)
Keterangan

BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)

Objektif

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my, setelah pendaftaran dengan KPKM dan KPK selesai

Kembali