Skip to main content
Pakej RAHMAH Prabayar Siswa
  1. Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  2. Pelajar Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  1. Kad Pelajar yang sah
  2. E-mel Rasmi Pelajar IPTA/ ILKA
  3. Surat pengesahan identiti pelajar daripada pihak pengurusan IPTA/ ILKA berkenaan sekiranya IPTA/ ILKA tersebut tidak mempunyai kad pelajar/ e-mel rasmi pelajar

RM30 dengan data permulaan internet minimum 30GB dan tempoh sah laku selama 180 hari

FAQ Pakej RAHMAH Prabayar Siswa boleh dilayari menerusi pautan https://www.komunikasi.gov.my/images/pdf/240717_FAQ_Pakej_RAHMAH_Prabayar_Siswa.pdf

  1. Kementerian Komunikasi (KK)
  2. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC)
  3. CelcomDigi
  4. Maxis
  5. TM (Unifi Mobile)
  6. U Mobile
  7. YTL Communications (Yes)
Keterangan

Pakej RAHMAH Prabayar Siswa adalah tawaran pakej prabayar (prepaid) untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terpilih. Pakej ini akan ditawarkan bermula pada 16 Ogos 2024 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak

Objektif

Pakej ini bertujuan untuk menangani peningkatan kos sara hidup menerusi penyediaan perkhidmatan komunikasi asas yang penting dengan kos ketersambungan (connectivity) yang lebih rendah dan tempoh sah laku (validity) yang lebih panjang.

Tatacara Permohonan

Pakej RAHMAH Prabayar Siswa boleh dibeli dengan hadir secara bersemuka di pusat/ kios penyedia perkhidmatan (telco) yang terlibat ataupun secara dalam talian melalui laman sesawang telco yang terlibat.

Kembali