Skip to main content
Selangor: Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Golongan Berpendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00 Yang Merupakan Pengguna Domestik Yang Menggunakan Meter Air Individu

  1. Premis kediaman mempunyai meter individu
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
  3. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang)
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja
  5. **Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2029 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Pemberian air percuma kepada 20 meter padu pertama, bersamaan dengan RM13.00 berdasarkan tarif semasa. Kadar bantuan mungkin berbeza apabila terdapat perubahan kepada kadar tarif air pada masa akan datang.

Tidak Berkenaan

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Keterangan

Program ini adalah penjajaran semula pemberian air percuma bagi 20meter padu air pertama kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor yang merupakan warganegara Malaysia berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bagi pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah, pemberian 20 meter padu air percuma secara automatik mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Program ini turut telah diperluaskan kepada rumah-rumah ibadah dan rumah-rumah kebajikan di negeri Selangor bagi menampung kenaikan tarif pada tahun 2024.

Objektif

Program ini menyasarkan bantuan kepada golongan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin meningkat

Tatacara Permohonan
  1. Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat atas talian melalui portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR)
    https://ssipr-daftar.selangor.gov.my . (Sistem baru sedang dibangunkan)
  2. Borang permohonan program boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:
    • Laman sesawang www.airselangor.com
    • Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
    • Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
    • Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Kembali