Skip to main content
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar / Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT)
  1. OKU Terlantar
  2. Pesakit Kronik Terlantar
  3. Pesakit Kronik Tidak Terlantar
  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
  3. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan]. layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
  4. Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
  5. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.

RM500 sebulan seorang

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan#

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

BPT adalah untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga dan menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit kronik terlantar/ sakit kronik tidak terlantak.

Objektif
  1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
  2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
  3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  4. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan

Kembali