Program Kecemerlangan Pendidikan Pelajar (Pro-KePP) adalah inisiatif Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) yang bertujuan untuk membantu anak-anak penerima bantuan kebajikan untuk berjaya dalam pendidikan.
Program ini menyediakan sokongan dan sumber daya untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar yang kurang berkemampuan. Pro-KePP adalah program baharu yang akan dilancarkan pada tahun 2025. Pro-KePP akan memberikan perhatian khusus kepada anak-anak penerima bantuan kebajikan yang menunjukkan potensi cemerlang dalam pelajaran. Program ini diharapkan dapat membantu mereka mencapai potensi penuh mereka dan meraih kejayaan dalam bidang pendidikan.
Pendidikan
      Sabah: Program Kecemerlangan Pendidikan Pelajar (Pro-KEPP)
    - Murid Warganegara Malaysia
 - Murid Mestilah Anak Kandung / Anak Angkat (berdaftar) / Penjaga Sah Kepada Penerima Bantuan Kewangan (bulanan) Daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
 
- Murid warganegara Malaysia
 - Murid mestilah anak kandung / anak angkat (berdaftar) / penjaga sah kepada penerima bantuan kewangan (bulanan) daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
 - Pelajar diploma atau Ijazah Sarjana Muda (pertama) IPTA / IPTS (yang diiktiraf), murid tingkatan 1 hingga 6 (termasuk murid Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)) di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan / Murid Tingkatan 1 dan 2 di Kolej Vokasional KPM yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan merit tahun semasa; dan
 - TIDAK menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan / bukan kerajaan.
 - Hanya seorang penerima yang layak bagi setiap keluarga.
 
- Insentif Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
• RM1,000.00 bagi seorang anak bagi satu penggal / semester. - Insentif Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga 5)
• RM1,000.00 bagi seorang anak bagi satu penggal / semester. - Insentif Pra Universiti (Tingkatan 6 dan Matrikulasi)
• RM1,500.00 bagi seorang anak bagi satu semester. - Insentif Awal IPT 
• RM3,000.00 maximum sekali gus bagi seorang anak mengikut keperluan. *surat tawaran pengajian perlu disertakan. 
Tidak Berkenaan
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
Keterangan
      Objektif
      Sebagai suatu bentuk motivasi kepada murid daripada golongan berpendapatan rendah supayameningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.
Tatacara Permohonan
        Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah/ Daerah Kecil di Negeri Sabah. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
Kembali