Bantuan Anak Pelihara (BAP) di Sabah adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) kepada keluarga yang memelihara kanak-kanak yang memerlukan, seperti anak yatim atau anak yatim piatu. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga yang menjaga kanak-kanak tersebut.
Umum
Sabah: Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Warganegara Malaysia Dan Bermastautin Di Malaysia
- Keluarga Yang Sedang Memberi Jagaan Kepada Kanak-kanak
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:
- I.Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- II. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mhkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
- III. Kanak-kanak yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan serta bukan melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan mana-mana Undang-Undang Mahkamah berkaitan; atau
- IV. Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak.
RM250.00 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih
Tidak Berkenaan
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
Keterangan
Objektif
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Tatacara Permohonan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah/ Daerah Kecil di Negeri Sabah. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Kembali