Tentera Darat (TD) sentiasa komited untuk membangunkan potensi modal insan menerusi peningkatan akademik dalam bidang sains dan teknologi, pengurusan serta bidang pengkhususan mengikut keperluan perkhidmatan. Keperluan ini selaras Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30, Sinergi 3M Teras 2 iaitu Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan melalui warga TD yang profesional, berpengetahuan dan berkemahiran. Permohonan pengajian tinggi dibuka sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada Ogos - Okt tahun semasa (Siri 1) dan Feb - Apr tahun berikutnya (Siri 2). Bagi pengajian di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), TD membiayai elaun kepada Pegawai Kanan yang layak.
Pegawai Dan Anggota Lain-Lain Pangkat Tentera Darat
- Terbuka kepada Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat TD daripada semua Kor/Rejimen berdasarkan kepentingan perjawatan dan kompetensi untuk melaksanakan tugas dji gred perjawatan yang lebih tinggi
- Pertimbangan pencalonan mestilah memenuhi keperluan perkhidmatan serta menjurus kepada bidang pengkhususan/kepakaran/kritikal/Kor/ Rejimen TD yang telah dikenalpasti
Tidak Berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://army.mil.my/index.php/ms/. Permohonan adalah melalui Jabatan arah Kor/Rejimen masing-masing ke Sel Pendidikan MK TD - CSM
Kementerian Pertahanan
Program ini membantu TD melahirkan lebih ramai Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat yang mempunyai daya intelektual lebih tinggi, mempunyai daya pemikiran aras tinggi yang lebih kreatif dan kritis serta melahirkan tenaga pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing. Selain itu, ia juga dapat memperkasakan modal insan dengan menghantar Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat TD mengikuti Skim Pengajian Tinggi TD, memperkembangkan lagi kapasiti intelektual dan kepakaran ke arah melahirkan tentera pintar serta mempersiapkan TD sebagai sebuah Angkatan Masa Hadapan yang bersepadu, tangkas dan berfokus.
Permohonan adalah melalui Jabatan arah Kor/Rejimen masing-masing ke Sel Pendidikan MK TD - CSM