Skip to main content
Penstrukturan Semula Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN

Peminjam PTPTN

Terbuka kepada pinjaman Islamik sahaja. Penstrukturan semula kepada pinjaman Konvensional akan dilakukan semasa pertukaran ke pinjaman Islamik.

Tidak Berkenaan

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.ptptn.gov.my.

  1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  2. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Keterangan

Kemudahan yang diberikan kepada peminjam bagi penstrukturan semula struktur Jadual Bayaran Balik (JBB) berdasarkan kemampuan.

Objektif

Membantu memudahkan peminjam PTPTN untuk melangsaikan bayaran balik pinjaman pendidikan tanpa rasa terbeban dari aspek kewangan. Peminjam diberi peluang menetapkan ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik berdasarkan kemampuan yang secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan kos sara hidup.

Tatacara Permohonan

Permohonan Penstrukturan Semula Bayaran Balik Pinjaman adalah secara Online menerusi aplikasi web melalui myPTPTN (https://myptptn.ptptn.gov.my)

Kembali