Skip to main content
Insentif Yuran Pengasuhan Taska Swasta

Warganegara Malaysia

  1. Ibu/ bapa/ penjaga warganegara Malaysia yang menghantar anak berumur di bawah empat tahun ke TASKA berdaftar
  2. Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar atau RM500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar

Tidak Berkenaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA bermula dengan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0). Lanjutan daripada itu, YAB Perdana Menteri mengumumkan pemberian subsidi ini semasa pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013. Walaupun Pilihanraya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018 telah berlaku perubahan pentadbiran dan kepimpinan negara Malaysia, namun pemberian subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA tetap diteruskan dalam Bajet 2019 dan hingga kini.

Objektif

Untuk membantu ibu bapa/penjaga yang berpendapatan rendah mendapatkan peluang asuhan dan didikan awal kanak-kanak di TASKA

Tatacara Permohonan
  1. Permohonan dikemukakan oleh ibubapa/penjaga melalui Pengusaha TASKA
  2. Pengusaha TASKA hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM
  3. Pengusaha memajukan permohonan kepada JKM Negeri untuk pertimbangan kelulusan
Kembali