Skip to main content
GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai; 

i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau 

ii. Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP. 

iii. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON. 

2. Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur. 

3. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM. 

4. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa. 

5. Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh Yayasan Pahang (rujuk senarai IPT di laman web Yayasan Pahang) ATAU 

1. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP. 

2. Keputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80. 

3. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar. 

4. Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh Yayasan Pahang (rujuk senarai IPT di laman web Yayasan Pahang) 

Geran Pra Siswazah = RM700 

Geran Pasca Siswazah = RM1,200

Geran Pra Siswazah = RM700

Geran Pasca Siswazah = RM1,200

Keterangan

Skim ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dan bayaran dibuat secara one-off.

Objektif

Bantuan awalan bagi pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Yayasan Pahang di www.yp.org.my.

Kembali