Skip to main content
Kad NADI30 dan NADI10

Pengguna Pengangkutan Awam Di Wilayah Persekutuan Putrajaya

Warganegara Malaysia

  1. NADI 30 bernilai RM30 sebulan dikhususkan kepada semua pengguna perkhidmatan bas Nadiputa Putrajaya.
  2. NADI 10 bernilai RM10 sebulan dan dikhususkan terhad kepada pengguna perkhidmatan bas Nadiputa Putrajaya bagi tiga (3) kategori seperti berikut: Warga Emas, OKU dan pelajar sekolah (sekolah rendah dan sekolah menengah) sahaja.
  1. Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)
  2. Perbadanan Putrajaya
Keterangan

Perbadanan Putrajaya (PPJ) memperkenalkan produk Pas Bulanan Perjalanan Tanpa Had (Unlimited Travel Pass) melalui Kad NADI30 dan NADI10 kepada semua pengguna perkhidmatan bas Nadiputra Putrajaya sahaja. Ia juga merupakan salah satu inisiatif dalam Program Usaha Jaya Insan(PUJI) bagi kategori Ihsan@PUJI. Kad Nadi ini memberi jaminan penjimatan perbelanjaan tambang bas secara bulanan khususnya kepada pengguna tetap perkhidmatan basNadiputra setiap hari serta memberi peluang kepada orang awam untuk berurusan dan bersiar-siar di sekitar Putrajaya dengan tambang tanpa had.

Objektif
  1. Membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.
  2. Pengenalan dua (2) kad ini merupakan iniasitif Perbadanan Putrajaya bagi menggalakkan orang awam menggunakan perkhidmatan bas Nadiputra Putrajaya sebagai pilihan pengangkutan awam utama di Putrajaya.
Kembali