Pengangkutan Udara merupakan mod pengangkutan utama bagi para pelajar tersebut untuk pulang ke negeri asal/kampung halaman terutama ketika musim perayaan dan cuti semester. Permintaan secara mendadak tiket penerbangan ke destinasi-destinasi di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan berlakunya peningkatan harga. Melalui program ini, setiap pelajar akan menerima bantuan subsidi berjumlah RM300 untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan).
Pengangkutan
FlySiswa
50,000 Pelajar Daripada Universiti Awam
- Warganegara Malaysia
- Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Awam (IPTA)
- Berasal dari Sabah, Sarawak atau W.P. Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia
- Berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau W.P. Labuan
- Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau W.P. Labuan
- Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau W.P. Labuan
- Berasal dari W.P. Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak
RM300
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://subsidiudara.mot.gov.my/
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)
- Operator Penerbangan
Keterangan
Objektif
Inisiatif FlySiswa ini berobjektif untuk mengurangkan beban 50,000 pelajar daripada universiti awam bagi pembelian tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan yang meningkat pada musim tertentu terutamanya pada musim perayaan.
Kembali