Skip to main content
Selangor: Program Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Kumpulan Sasaran Bantuan Ini Adalah Peniaga-peniaga Kecil Di Kalangan Golongan Individu ATAU Seisi Rumah Yang Pendapatan Di Bawah RM3,000.00 Sebulan

  1. Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas.
  2. Golongan individu ATAU seisi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan.
  3. Pemohon merupakan anak Negeri Selangor ATAU telah bermastautin melebihi sepuluh (10) tahun.
  4. Pemohon merupakan pengundi berdaftar di dalam Negeri Selangor.
  5. Perniagaan pemohon mestilah dijalankan di dalam Negeri Selangor dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  6. Peniagaan mestilah aktif/ konsisten dan tidak bersifat bermusim.
  7. Pemohon ATAU suami/ isteri pemohon tidak pernah menerima bantuan peralatan/ mesin di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
  8. Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain yang berpendapatan tetap.
  9. Perniagaan pemohon perlu mempunyai premis atau lokasi perniagaan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Maksimum RM10,000.00

Tidak Berkenaan

Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor

Keterangan

Bantuan ini adalah bantuan bagi meningkatkan pendapatan keluarga B40 dengan bantuan yang disalurkan adalah dalam bentuk peralatan/ mesin bagi membantu keluarga menambah pendapatan melalui perniagaan yang sedang dijalankan.

Objektif

Objektif bantuan adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang tinggi terutama bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan asas meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan atau peningkatan pendapatan kumpulan sasar menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perniagaan/ perusahaan yang sedang dijalankan

Tatacara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor.

Kembali