BSH adalah di bawah Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan. Ini merupakan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban sara hidup Veteran ATM atau tanggungan mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan. Bantuan ini akan secara automatik ditamatkan sekiranya pemohon meninggal dunia atau menjadi tidak layak atas sebab-sebab tertentu.
Pendapatan
Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan: Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi Veteran ATM
Veteran ATM
- Permohonan BSH1 terbuka kepada semua veteran dan tanggungan serta tidak tergolong dalam mana-mana kategori BSH2 atau BSH3.
- Veteran ATM berpencen di bawah umur 80 tahun/ Veteran ATM Tidak Berpencen di bawah umur 60 tahun/ balu/ duda/ anak yatim yang daif boleh memohon bantuan. Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
- Permohonan BSH perlu dikemukakan melalui Sistem VIBES 2.0 beserta dokumen lengkap
- Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya menepati syarat Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan dan memerlukan siasatan oleh JHEV Negeri.
- Permohonan yang disyor lulus akan diangkat untuk kelulusan Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi serta komitmen lain juga boleh dipertimbangkan dalam pemberian BSH. Komitmen seperti ansuran rumah dan kereta tidak termasuk sebagai komitmen lain yang boleh dipertimbangkan.
Kadar bantuan adalah RM300.00 sebulan untuk tempoh masa 3 tahun.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my/utama.html
- Kementerian Pertahanan (MINDEF)
- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
Keterangan
Objektif
Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah bantuan kewangan bulanan yang diberi kepada Veteran ATM bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Kembali