Bantuan Latihan Perantis (BLP) membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-mana agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal (internship) di JKM.
Pendapatan
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Anak-anak Penerima Bantuan JKM
- Bekas Pelatih Atau Bekas Penghuni Institusi Kebajikan
- Kes-kes Seliaan Akhlak Bekas Pelatih Perintah Khdimat Masyarakat
- OKU Berdaftar Yang Mempunyai Kemampuan Untuk Mengikuti Kemahiran Dan Latihan Yang Disediakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
- Anak-anak penerima bantuan;
- Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan;
- Kes-kes seliaan akhlak;
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat;
- OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.
RM200 sebulan seorang
Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan#
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan
Objektif
1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
4. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan www.ebantuanjkm.jkm.gov.my
Kembali