Skip to main content
Bantuan Alat Tiruan/ Sokongan (BAT/S)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM3,000.00 Sebulan
  3. Bukan Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan.
  4. Disyorkan Oleh Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan (kerajaan / Swasta) Atau Pegawai JKM Mengikut Jenis Ketidakupayaan.
  5. Permohonan BAT/S Bagi Tujuan Kosmetik Adalah Tidak Dibenarkan.
  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Bukan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan. Penjawat Awam boleh merujuk permohonan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dinyatakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Kemudahan Perubatan: Versi 1.0 (2022) berkuat kuasa 1 Januari 2022;
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
  4. Disyorkan oleh Pegawai Perubatan / Pakar Perubatan (kerajaan / swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;
  5. Permohonan BAT/S bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan.
  1. Kelulusan bantuan alat tiruan / alat sokongan oleh Jawatankuasa Kelulusan BAT/S adalah dihadkan pada kadar maksimum RM10,000.00 sahaja;
  2. Sekiranya kadar harga alat tiruan / alat sokongan melebihi kadar RM10,000.00 sehingga kadar maksimum RM20,000.00, Jawatankuasa Kelulusan BAT/S perlu mengangkat permohonan kelulusan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).
  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Bantuan Alat Tiruan / Sokongan (BAT/S) membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Objektif

Membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan dengan kediaman atau melalui pautan www.ebantuanjkm.jkm.gov.my 

Kembali