Skip to main content
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian kepada Kumpulan Sasar Secara Outreach
  1. Warganegara Malaysia
  2. Orang Asli
  3. B40
  4. Warga Emas
  5. Pelajar

Tiada Syarat Permohononan

Pemeriksaan dan rawatan asas pergigian

Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.moh.gov.my/

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Keterangan

Program Kesihatan Pergigian Secara Outreach (jangkau luar) telah dipergiat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan kebolehcapaian masyarakat kepada penjagaan kesihatan pergigian. Perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat dijalankan melalui pasukan pergigian bergerak dan Klinik Pergigian Bergerak. Selain daripada memberi promosi dan pendidikan kesihatan pergigian, perkhidmatan outreach untuk masyarakat juga menyediakan pemeriksaan pergigian, saringan kanser mulut serta pencegahan klinikal, penskaleran, tampalan dan cabutan gigi.

Objektif
  1. Meningkatkan akses kepada perkhidmatan pergigian dalam kalangan kumpulan sasar.
  2. Meningkatkan kesedaran kumpulan sasar terhadap penjagaan kesihatan pergigian.
  3. Menggalakkan kumpulan sasar mendapatkan pemeriksaan kesihatan pergigian secara berkala.
  4. Menggalakkan pelaksanaan program yang holistik melalui kerjasama dengan pemegang taruh.
Kembali