Program Bina Baharu untuk Veteran ATM yang daif, tidak berkemampuan dan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah sedia ada sangat usang dan tidak ekonomik untuk dibaiki. Program Baik Pulih rumah untuk Veteran ATM yang tidak berkemampuan untuk membaiki kerosakan rumah sendiri yang didiami secara tetap, di mana skop pembaikan melibatkan komponen asas rumah rumah sahaja.
Perumahan
Inisiatif Perumahan Veteran ATM
Veteran ATM
- Veteran ATM
- Berpendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia
- Rumah milik Veteran / mempunyai tanah yang bersesuaian dan diberi kebenaran membina rumah
- Program Bina Baharu - RM55,000 Semenanjung, RM60,000 Sabah dan RM65,000 Sarawak
- Program Baik Pulih - Had siling RM17,000 Semenanjung dan RM20,000 Sabah / Sarawak
Tidak Berkenaan
- Jabatan Hal Ehwal Veteran
- Kementerian Pertahanan
Keterangan
Objektif
Inisiatif ini bertujuan memastikan Veteran ATM mendiami kediaman yang kondusif dan menambahbaik taraf kehidupan mereka serta membantu meningkatkan sosioekonomi Veteran serta keluarga.
Tatacara Permohonan
Permohonan melalui Borang Permohonan Inisiatif Perumahan Veteran ATM dan dikemukakan ke Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Negeri untuk semakan sebelum diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan JHEV ATM untuk pertimbangan kelulusan.
Kembali