Skip to main content
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
  1. Warganegara Malaysia
  2. B40
  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun
  3. Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah/tapak mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah yang dicadangkan
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)

Subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 seunit

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/

  1. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  2. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Keterangan

Kerajaan Malaysia melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad menyediakan Program Rumah Mesra Rakyat khas kepada golongan B40 yang layak dengan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan

Objektif

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa

Tatacara Permohonan

Permohonan secara online melalui laman web https://rmr.spnbonline.com.my/

Kembali