Permohonan Program NUR@PETRA telah ditawarkan bermula 31 Januari 2025 dan merupakan kesinambungan daripada program SAVE sebelum ini. Sepertimana Program SAVE, Program NUR@PETRA masih menawarkan e-Rebat maksimum sehingga RM400 kepada pengguna untuk pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga yang dilabelkan 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga. Rebat ini adalah terhad kepada satu akaun bil elektrik sahaja bagi setiap pembelian penyaman udara dan peti sejuk, di mana permohonan adalah secara first come, first serve basis.
Warganegara Malaysia
- Warganegara Malaysia yang merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat-syarikat utiliti (TNB, SESB, SEB dan NUR Power).
- Pembelian perkakas elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang dalam tempoh bermula 31 Januari hingga Disember 2025.
- 1 akaun bil elektrik layak untuk memohon 1 e-rebat sahaja bagi setiap perkakas elektrik yang dinyatakan.
Rebat pembelian sehingga RM400 (RM200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk).
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.seda.gov.my/nur/
- Kementerian Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam (PETRA)
- Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia
- Suruhanjaya Tenaga (ST)
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Sarawak Energy Berhad (SEB)
- Sabah Energy Sendirian Berhad (SESB)
- NUR Power
1. Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf empat (4) dan lima (5) bintang di pasaran.
2. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai faedah menggunakan kelengkapan elektrik jenis cekap tenaga yang akan mengurangkan kos utiliti elektrik melalui penjimatan tenaga.
3. Mengurangkan pelepasan gas rumah kaca melalui penggunaan tenaga elektrik secara optimum serta penjimatan penggunaan tenaga.
Pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui dua (2) kaedah iaitu dengan membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik/pasar raya berdaftar di bawah Program NUR@PETRA. Selain itu, pengguna boleh memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf.