Perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services - RAS) merupakan perkhidmatan udara yang tidak ekonomik yang dijalankan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak di mana pengangkutan udara merupakan mod pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di kawasan luar bandar dengan dunia luar. Kerajaan melalui MASwings menyediakan perkhidmatan penerbangan bagi 40 laluan di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan pesawat ATR72 dan Twin Otter Viking DCH6. Kerajaan melalui MAVCOM sentiasa memantau prestasi pelaksanaan penerbangan di setiap laluan ini. Selain itu, MAVCOM dari masa ke semasa meneliti keperluan penambahan kekerapan penerbangan bagi beberapa destinasi tertentu serta cadangan penambahan laluan baharu. Kadar tambang yang dikenakan oleh syarikat MASwings bagi penerbangan di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan siling yang telah ditetapkan oleh Kerajaan melalui persetujuan bersama di antara Kementerian Pengangkutan, MAVCOM dan operator mengikut keperluan semasa. Penetapan harga siling ini adalah tidak termasuk surcaj bahan api.
Pengangkutan
Perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services - RAS) di Sabah dan Sarawak
Penduduk Di Sabah Dan Sarawak
Tiada Syarat Permohononan
Tidak Berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mot.gov.my/my/aviation/operators/RAS
- Kementerian Pengangkutan (MOT)
- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)
- Operator Penerbangan
Keterangan
Objektif
Inisiatif ini adalah untuk memenuhi keperluan sosial penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak serta dianggap sebagai tanggungjawab sosial Kerajaan kerana perkhidmatan ini dijangkakan mengalami kerugian untuk tempoh masa yang panjang.
Kembali