JHEV melalui pihak Yayasan Veteran bertanggungjawab bagi pengagihan pembiayaan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) kepada Veteran ATM (tidak berpencen) serta tanggungan yang mana peruntukan terlibat akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
Umum
      Veteran ATM: Bantuan Mengurus Jenazah
    Veteran ATM
- Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah Veteran ATM tidak berpencen
 - Kes kematian sebelum Tarikh Kuatkuasa 10 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini.
 - Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Veteran ATM yang meninggal dunia dalam persaraaan walaupun gemulah pernah bersara lebih dari satu perkhidmatan.
 - Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.
 
Kadar bayaran adalah sebanyak RM3,000 bagi veteran dan RM1,500 bagi pasangan/waris. Pembayaran hanya dibuat sekali sahaja, dibayar kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Veteran ATM terbabit.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my/utama.html">https://www.jhev.gov.my/utama.html
- Kementerian Pertahanan (MINDEF)
 - Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
 - Yayasan Veteran ATM
 
Keterangan
      Objektif
      Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu meringankan bebanan kewangan Veteran ATM serta tanggungan.
Tatacara Permohonan
        Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat Yayasan Veteran ATM atau Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Kembali