Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM).
Permohonan secara atas talinn melalui iklan permohonan yang diwar-warkan di laman web Yayasan Pahang.
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
- Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun semasa dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
- Mendapat tawaran bagi mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan Islam dan bidang-bidang lain yang diluluskan oleh YP. Penajaan biasiswa akan diteruskan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Elaun Sara Hidup - RM5,000 setahun Yuran Pengajian - seperti yang ditetapkan oleh Institusi Pengajian
Yayasan Pahang
Skim ini menawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).
Permohonan secara atas talian melalui iklan permohonan yang diwar-warkan di laman web Yayasan Pahang.