Skip to main content
BIASISWA PAHANG (SEKOLAH RENDAH)

Keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan

- Pemohon adalah warganegara Malaysia. 

- Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia. 

- Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: 

- Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur. 

- Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON. 

- Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain. 

- Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan. 

- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut. 

- Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) / Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur. 

- Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.

RM300 setahun

Yayasan Pahang

Keterangan

Biasiswa ini diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Objektif

Memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak dari keluarga miskin / daif agar tidak keciciran pembelajaran.

Tatacara Permohonan

Permohonan melalui sekolah

Kembali