Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) adalah bantuan kewangan yang disediakan olehJabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) untuk meringankan beban keluarga atau penjaga yang menjaga OKU terlantar atau pesakit kronik. Bantuan ini bertujuan untuk menggalakkan penjagaan di rumah dan mengurangkan beban kewangan keluarga yang terlibat.
Umum
Sabah: Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT)
- Warganegara Malaysia Dan Bermastautin
- Di Malaysia Pemohon Adalah Penjaga Yang Memberikan Penjagaan Rapi Kepada OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
- Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan]. layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
- Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
RM500.00 sebulan seorang
Tidak Berkenaan
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am
Keterangan
Objektif
Meringankan bebanan keluarga/ penjaga/ pesakit. Mengekalkan pesakit terlantar/ OKU terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar hidup dalam keluarga dan masyarakat
Tatacara Permohonan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah/ Daerah Kecil di Negeri Sabah. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Kembali