Jabatan Arah Pendidikan sentiasa komited untuk membangunkan potensi modal insan menerusi peningkatan akademik dalam bidang sains dan teknologi, bidang pengurusan serta bidang pengkhususan mengikut keperluan perkhidmatan. Permohonan pengajian tinggi dibuka sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada Ogos - Okt tahun semasa (Siri 1) dan Feb - Apr tahun berikutnya (Siri 2)
Pendidikan
Skim Pengajian Tinggi – Bahagian Perkhidmatan Anggota, ABB
Pegawai Dan Anggota Lain-Lain Pangkat ATM
- Terbuka kepada Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat ATM berdasarkan kepentingan perjawatan dan kompetensi untuk melaksanakan tugas bagi perjawatan yang lebih tinggi
- Pertimbangan pencalonan mestilah memenuhi keperluan perkhidmatan serta menjurus kepada bidang pengkhususan/kepakaran/kritikal yang telah dikenal pasti
Tidak Berkenaan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://army.mil.my/index.php/ms/. Permohonan melalui BSM / Jabatan Arah Kor/Rejimen masing-masing.
Kementerian Pertahanan
Keterangan
Objektif
Memperkasa modal insan dengan menghantar Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat mengikuti Skim Pengajian Tinggi Memperkembangkan kapasiti intelektual dan kepakaran ke arah melahirkan tentera pintar Membantu ATM melahirkan lebih ramai Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat yang mempunyai daya intelektual tinggi, daya pemikiran aras tinggi yang lebih kreatif dan kritis serta melahirkan tenaga pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing.
Tatacara Permohonan
Permohonan melalui BSM / Jabatan Arah Kor/Rejimen masing-masing
Kembali