Skip to main content
Elaun dan Makan Minum Pelajar ILKBS (Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan)

Pelajar ILKBS

Tiada Syarat Permohononan

  1. SKM 1-2 (Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 dan 2) = RM100.00
  2. SKM 3 (Sijil Lanjutan Kemahiran Malaysia 3) = RM200.00
  3. DKM dan DLKM (Diploma dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) = RM200.00
  4. Latihan Industri = RM300.00

Untuk maklumat lanjut, sila layarihttps://mohon.tvet.gov.my/ atau https://ekampus.kbs.gov.my/

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)

Keterangan

Pelajar ILKBS termasuk pelajar di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) akan diberi kemudahan makan minum percuma sebanyak tiga (3) kali di Dewan Makan. Kerajaan melalui KBS telah memperuntukkan sejumlah kos bagi membiayai kos penyediaan makan minum kepada para pelajar ILKBS.

Objektif

Membantu meringankan beban sara hidup bagi pelajar yang majoritinya adalah dari kumpulan B40.

Kembali