Skip to main content
Bantuan Pendidikan ILJTM: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  1. Pelajar ILJTM
  2. B40
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
  3. Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
  4. Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain
  5. Belajar sepenuh masa mengikut tempoh yang telah ditetapkan
  6. Mengemukakan seorang penjamin
  1. Kadar pinjaman di antara RM5,000 hingga RM24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi yuran pengajian, kos sara hidup sebanyak RM400.00 sebulan termasuk semasa tempoh latihan dan 'On Job Training', bayaran premium untuk perlindungan insurans, pembiayaan pengangkutan sehingga RM 2,000.00 yang dibayar secara one-off dan pembiayaan komputer riba sehingga RM 2,500.00 yang dibayar secara one-off
  2. Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ptpk.gov.my/faq?&tmpl=component

  1. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
  2. Jabatan Tenaga Manusia
  3. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Keterangan

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) melaksanakan program sepenuh masa bagi dua kategori pensijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Salah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar ILJTM ialah Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Pelajar ILJTM yang layak untuk memohon PTPK ini mestilah sedang mengikuti latihan pensijilan DKM dan pendapatan isi rumah di bawah kategori B40

Objektif

Untuk membantu pelajar mengurangkan kos sara hidup sepanjang menjalani latihan di ILJTM

Kembali