Skip to main content
Program Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)
  1. Pesawah Padi Luar Jelapang
  2. Usahawan Tani
  3. Belia Tani
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas; dan
  3. Terdiri daripada pesawah padi luar jelapang, belia tani dan usahawan tani di bawah kategori B40
  1. Sub-Projek 1: Fertigasi Akuaponik/ Hydroponik – Tanaman Cili Padi, Halia, Cili, Melon, Sayur Daun dan Sayur Buah secara Fertigasi Terbuka (RM30,000/ projek @ 1500 polibag)
  2. Sub-Projek 2: Konvensional – Tanaman Jagung, nanas, betik, ubi, halia, tebu, pisang, tembikai, sayur daun, sayur buah, kesum, pandan, serai (RM15,000/ hektar)
  3. Sub-Projek 3: Skop Post-Harvest dan Pemasaran Hasil Pertanian (RM5,000/ projek)

Jabatan Pertanian

Keterangan

Pendapatan pesawah luar jelapang berada di bawah paras garis kemiskinan, sekitar RM500 – RM1,000 seisi rumah. Selaras dengan WKB 2030, kerajaan menggalakkan pesawah meneroka alternatif bagi meningkatkan pendapatan, seperti sistem tanaman berganda dan teknologi moden. Amalan pertanian konservatif tidak lagi relevan, terutama bagi pesawah luar skim pengairan yang menghadapi cabaran kekurangan infrastruktur. Jabatan Pertanian mencadangkan penggunaan tanah secara optimum melalui tanaman tunai konvensional atau fertigasi terbuka di kawasan sekitar sawah. Langkah ini dijangka meningkatkan pendapatan pesawah luar jelapang sekurang-kurangnya 50%, dengan pelaksanaan di tanah milik sendiri, pajakan, sewaan, atau TOL yang diluluskan

Objektif

Menambah pendapatan pesawah padi luar jelapang (B40) sebanyak sekurang-kurangnya RM1,500/ bulan secara kumulatif bagi tempoh 5 tahun (tahun 2021 – 2025) dengan melaksanakan projek tanaman singkat masa secara konvensional atau secara fertigasi seperti berikut:

  • Sub-Projek 1: Tanaman Cili Padi atau Halia secara Fertigasi Terbuka.
  • Sub-Projek 2: Tanaman Ubi Kayu atau Ubi Keledek secara Konvensional.
Tatacara Permohonan
  1. Pemohon perlu membuat permohonan melalui Pejabat Pertanian Daerah yang bertanggungjawab kepada lokasi projek.
  2. Pelaksanaan projek pada RMKe12 sahaja (2021 hingga 2025).
  3. Peserta projek tahun 2025 telah dimuktamadkan dan proses bantuan sedang dalam pelaksanaan. (tiada pengambilan peserta baru akan dilaksanakan).
Kembali