Wang Saku adalah merupakan sejumlah peruntukan wang awam yang disalurkan melalui institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberikan kepada penghuni yang layak mengikut kadar yang ditetapkan. Pemberian Wang Saku Penghuni Institusi Kanak-Kanak ini telah diperuntukkan menggunakan peruntukan wang awam setiap tahun kepada penghuni iaitu kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kanak-kanak.
Pendapatan
      Wang Saku Penghuni Institusi Kanak-Kanak
    Penghuni Institusi Kanak-Kanak Di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Penghuni institusi yang telah mendapat perintah tetap.
 - Penghuni yang telah tamat perintah tetap dan disambung dengan perintah sementara di institusi yang sama bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh mahkamah dan penghuni yang termasuk dalam tafsiran kanak-kanak bersekolah.
 - Penghuni yang pulang bercuti dengan kebenaran.
 - Penghuni yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dengan kebenaran.
 - Penghuni yang mengikuti program atau aktiviti di luar institusi dengan kebenaran
 - Bukan penerima bantuan kewangan JKM.
 
- Kakak-Kanak Bersekolah: RM7.00 sehari
 - Kanak-Kanak Tidak Bersekolah: RM3.00
 - Kanak-Kanak Bersekolah ertinya kanak-kanak normal atau kanak-kanak OKU yang ditempatkan di Institusi JKM dan bersekolah atau mengikuti latihan/kursus kemahiran secara formal atau tidak formal sama ada di luar institusi atau di dalam institusi.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
 - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
 
Keterangan
      Objektif
      Tujuan penggunaan wang saku adalah untuk kegunaan membeli makanan dan minuman selain daripada yang disediakan kepada penghuni, belanja persekolahan harian penghuni, semasa riadah dan aktiviti di luar institusi (outing) serta keperluan tambahan atau harian yang sesuai bagi keperluan penghuni yang tidak membahayakan kesihatan dan menyalahi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.
Kembali