Skip to main content
Sumbangan Tunai Rahmah (STR): STR Isi Rumah

Isi Rumah

  1. Kahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
  2. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  1. Bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,500, kadar STR 2024 adalah di antara RM1,000 hingga RM2,500 dan berbeza mengikut bilangan anak (Anak 0: RM1,000; Anak 1-2: RM1,500; Anak 3-4: RM2,000; Anak 5 orang dan ke atas: RM2,500)
  2. Bagi isi rumah berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM5,000, kadar STR 2024 adalah di antara RM500 hingga RM1,250 dan berbeza mengikut bilangan anak (Anak 0: RM500; Anak 1-2: RM750; Anak 3-4: RM1,000; Anak 5 orang dan ke atas: RM1,250)

Untuk makluman lanjut, sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/#

  1. Kementerian Kewangan (MOF)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Keterangan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah program bantuan tunai Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dari kalangan B40, Miskin dan Miskin Tegar serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan

Objektif

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan B40, Miskin dan Miskin Tegar serta sederhana yang berkelayakan menghadapi cabaran situasi ekonomi dan kos sara hidup.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi STR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/#

Kembali