Skip to main content
Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
  1. Pekebun Getah
  2. Warganegara Malaysia
  1. Pekebun kecil getah Warganegara Malaysia
  2. Memiliki atau mengusahakan kebun getah matang tidak melebihi 40 hektar
  3. Menjual getah sekerap (cuplump), lateks dan getah keping (USS)
  4. Memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang masih aktif dan sah tempoh

Tidak Berkenaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.risda.gov.my/en/ . Tuntutan IPG oleh pekebun kecil individu adalah melalui RRIMniaga™ manakala pekebun kecil di bawah kendalian agensi adalah menerusi agensi masing-masing iaitu Semenanjung (LGM, FELDA, FELCRA), Sabah (LIGS) dan Sarawak (JPS).

  1. Kementerian Perladangan Dan Komoditi (KPK)
  2. Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  3. Federal Land Development Authority (FELDA)
  4. FELCRA Berhad (FELCRA)
  5. Sabah: Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  6. Sarawak: Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
Keterangan

Insentif Pengeluaran Getah (IPG) adalah sebuah insentif di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil yang bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara

Objektif
  1. Sebagai satu bentuk price support mechanism untuk mengurangkan beban kejatuhan harga komoditi getah terhadap pendapatan pekebun kecil yang menyumbang lebih 90% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran getah asli dalam negara
  2. Menggalakkan pekebun kecil untuk terus keluar menoreh dan seterusnya membolehkan bekalan getah yang berterusan untuk industri hiliran negara
  3. Menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pendapatan pekebun kecil dengan sasaran pendapatan kasar minimum pada paras sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan berdasarkan pegangan milikan tanah sebanyak dua (2) hektar dengan jumlah produktiviti sebanyak 3,000 kg (50% KGK)/ hektar/ tahun
  4. Semakan semula kadar PHP dibuat bagi meringankan beban pekebun kecil yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup yang tinggi
Tatacara Permohonan
  1. Mulai 1 Januari 2021, pembayaran IPG oleh LGM telah dibuat secara terus ke akaun bank pekebun kecil dan mereka tidak perlu lagi membuat permohonan secara manual di pejabat-pejabat LGM
  2. Bagi menikmati insentif tersebut, Pekebun kecil yang memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) diwajibkan untuk menjual getah kepada peniaga getah berlesen LGM yang menggunapakai aplikasi RRIMniaga™RRIMniaga™ merupakan satu aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh LGM untuk digunakan oleh peniaga getah berlesen LGM untuk merekodkan urus niaga jual beli getah. Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021, semua pemegang lesen kategori peniaga getah dan kelompok telah diwajibkan mengguna pakai aplikasi RRIMniaga™
  3. Bagi pekebun kecil getah di bawah agensi pelaksana (FELDA, FELCRA, Lembaga Industri Getah Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak), tuntutan perlu dibuat melalui agensi masing-masing
  4. Status bayaran IPG boleh disemak melalui pautan Semakan IPG
Kembali