KESEDAR masih mempunyai bilangan peneroka yang mana ladang mereka masih belum diserahkan dan KESEDAR bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan ladang tersebut dan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. KESEDAR mencadangkan agar peneroka-peneroka ini diberi Insentif Galakan Tanam Semula dengan nilai RM1000 sebulan bagi meneruskan hidup dengan lebih baik.
Pendapatan
Insentif Galakan Tanam Semula KESEDAR
Golongan Peneroka Yang Masih Belum Diserahkan Pengurusan Ladang
Penerima hanya dikalangan peneroka KESEDAR yang menetap di dalam kawasan Rancangan Kemajuan Tanah Sahaja.
RM1,000 sebulan
Tidak Berkenaan
- Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah
- Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
Keterangan
Objektif
Program ini mampu membantu golongan peneroka menguruskan kehidupan dengan lebih baik dengan pemberian pendapatan sementara sebanyak RM1,000.00 sebulan kepada peneroka sementara ladang belum berhasil
Kembali