Pembayaran imbuhan bulanan imam di masjid kariah seluruh Malaysia diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-35 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 12 April 2001. Imam-Imam adalah dilantik oleh MAIN/JAIN dan bayaran imbuhan bulanan disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM kepada pejabat pembayar di setiap negeri sama ada MAIN/JAIN.
Pendapatan
Imbuhan Imam
Imam
Imam yang dibayar elaun adalah berdasarkan senarai didaftarkan serta disahkan oleh Kerajaan negeri masing-masing
RM850 sebulan
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://jpm.gov.my/
- Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Majlis Agama Islam Negeri
- Jabatan Agama Islam Negeri
Keterangan
Objektif
Kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif membantu menyediakan imbuhan bulanan kepada Imam masjid kariah seluruh negara yang tidak menerima elaun dari MAIN/JAIN atau pihak swasta yang menaja masjid tersebut serta masjid-masjid kategori kariah/kampung yang tidak mempunyai dana yang mencukupi. Pemberian imbuhan ini merupakan penghargaan terhadap jasa dan peranan para imam masjid kariah dalam usaha pengimarahan masjid dan dapat membantu meringankan beban para imam masjid kariah tersebut.
Kembali