Skip to main content
Elaun Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA)

Sukarelawan Anggota Pertahanan Awam (APM)

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Mengikuti latihan asas dan didaftarkan sebagai anggota sukarela APM bagi tempoh setahun
  1. Kadar bayaran elaun ASPA bagi tugasan operasi/ latihan adalah seperti berikut :- Pegawai : RM9.80/ jam; Lain-lain Pangkat : RM8.00/ jam
  2. Kadar bayaran elaun ASPA bagi kursus adalah seperti berikut :- Pegawai : RM9.80/ jam x 5 jam = RM49.00; Lain-lain Pangkat : RM8.00/ jam x 5 jam = RM40.00

Permohonan pendaftaran anggota sukarela pertahanan awam (ASPA), sila layari http://aspa.civildefence.gov.my

  1. Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  2. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Keterangan

Pembayaran Elaun Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA) adalah pembayaran upah mengikut kadar yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Kepada ASPA yang terlibat dengan tugasan Operasi, pentadbiran atau kejurulatihan di pejabat-pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di peringkat Ibu Pejabat, Negeri, Daerah dan juga Pusat Latihan Pertahanan Awam.

Objektif

Objektif utama pembayaran elaun ASPA adalah untuk menggalakkan masyarakat awam terlibat bersama dalam membantu APM menangani isu-isu keselamatan seperti bencana, kebakaran, kemalangan dan lain-lain kes kecemasan. Pembayaran ini juga dapat membantu anggota masyarakat dengan meringankan kos sara hidup dalam situasi yang mencabar disamping dapat menyumbang kepada rakyat yang dilanda musibah.

Kembali